NuFFnAnG

BerCInta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, Jun 02, 2010

Khasiat BUAH PiSaNg

Salam....e-mail nie awa dpt dr angah...

Khasiat Buah Pisang

Tahukah Anda : Pisang adalah penyebab utama kenapa monyet-monyetdi hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca andasemua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa danglukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenagakepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telahdibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenagauntuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buahutama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang jugaamat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit,menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadappesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembalipulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan,iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia,yang
menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dansecara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yangterkandung mampu
meneutralkan paras glukosa dalamdarah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi,
pisang mampumengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah ,yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar
potassium yangtinggi – garam rendah, menjadikannya sempurnauntuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasapeperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan,rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungikadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran denganmenjadikan pelajar-pelajar itu
lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti
membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah denganmembuat
minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindakmenyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membinasemula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibatkeletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasisemula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan
anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu
memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasanbekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitannyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat
membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati
tekanan kerjamenjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperticoklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajianmendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi.Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambilmakanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkankadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam
pencegahan ulser kerana ia bersifatlembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita.Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid sertamengurangkan kepedihan dengan bertindak menyalutilapisan dinding perut kita..

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat
menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosikepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikanbayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan
simptom yang terjadi akibat daripadakurangnya pendedahan kepada cahaya matahari .Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungitryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat
membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang,ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesannikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu
menormalkan degupan jantung, menghantar oksigenkepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh .Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadarpotassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula denganbantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘,
mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkanrisiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk
menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat,kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulitpisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu padatempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plasterluka biasa atau pun plaster bedah
.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyakpenyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kaliganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kalivitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia jugakaya dengan potassium dan merupakan salah satu makananterbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasadisebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!â€
?

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapamonyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masadan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudiankilatkan dengan kain kering.
Menakjubkan!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...