NuFFnAnG

BerCInta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, Februari 26, 2009

Rahsia Nama

N = anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

O = anda seorang yang berfikiran terbuka

R = anda seorang yang gemar bersosial.


M = kejayaan mudah datang kepada anda.

A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda

I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum

S = anda sangat broad-minded

A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda

R = anda seorang yang gemar bersosial

A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda

H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.

KEABADIAN CINTA

Artist: Anuar Zain

Selembut bicara
Sehalus sentuhanmu
Layangan pesonamu
Tak mungkin ku lupa jelingan pertama
Nan indah penuh makna
Akan ku sahut cintamu itu
Bersama kita menuju bahagia

Takkan laguku sendiri
Kasih yang berlabuh kini
Terasa keabadian cinta kau beri
Mungkinkah daku bermimpi
Sebahagia begini
Ini bukan ilusi oh... kasih

Seindah irama
Gemersik suaramu
Mengalun sepiku yang merindu
Akan ku sahut cintamu itu
Bersama kita menuju bahagia

Tuhan merestui
Bahagia begini
Kasihmu nan suci

Kawan2 Ku....

Dah lame bono aku rase x jumpe kekwn aku time bljar kat Sek.Men.Keb BUYONG ADIL Tapah...Peyrak...
Kawan aku ialah FARITHDATUL AMIRA (FARITH), ZAFIDA(P-DA), SHIMAH (SHIMA),HAMISAH (MIESAH) geng2 aku time kat sek men dan mengabiskan form 5 aku bsama2 dgn mereka....
Byk kenangan aku time nie...SUKA DUKA HAPPY semua nye ader...
Kami nie ketogeri yg suka main2 aku rase...
sbb tgh blajar pun leh main2...
he..he
tp semua dah bjaya la jgk...tmsk dgn aku la (walaupun x brape nak bjaya sgt la tp msh ketogeri berjaya lg)he..he...tp ader lg kwkwn aku yg masih study la...GOOD LUCK kwn2 aku...

RINDU GILER LA NAK JUMPE DGN DEPA semua...
Mcm2 cite nak cite...
he..he

kpd rakan2 sekelas aku...spt...c-tam, dayah, shasha, fadilah, yahsir, ad & az (kembar), kishok, nazila, helziana, salwa, syafid, ridzuan dan yg lain semoga bjaya...

jumpr lg..
BYE...Bye...

Fahami makna cinta

Fahami makna cinta


HANYA mereka yang pernah melaluinya pasti menyatakan betapa indahnya meneroka dunia cinta.

Yang gagal pula barangkali serik untuk meneruskannya buat kali kedua. Namun kepada mereka yang suka memburu cinta, istilah tewas, kecewa, pedih atau terluka tiada dalam kamus hidup mereka.

Sayang, cinta, kasih, suka atau obses kepada seseorang adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan. Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung kerana di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan anda bertemu dengan pelbagai rencah dan ranjau berbisa sebelum akhirnya menemukan cinta sejati.

Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu, ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan.

Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata menyukai, menyayangi, mencintai atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.



# Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

# Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

# Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

# Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

# ‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”

# ‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

# ‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

# ‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”

# ‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

# ‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”

# Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.

# Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

# Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

# Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.

# Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.

# Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

# ‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

# ‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

# ‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.

# Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.

Copy ader paper Metro...

Mengenai CInta


Cinta itu suci Setulus hati...
Seluhur kasih Tanya sama hati…
Apa Kata Cinta ?
Cinta adalah p’yatuan 2 hati yg saling memerlukan d antara sama len…
Menerima kelamahan antara 1 sama len dgn seadanya…
Kita x memerlukan seorng yg perfect dlm idup ini…
Memandailah kite rase sempurna n bhagia bl bersamanya…jg seorng yg dpt m’btkn kite tau ape ertinya sebuah khdupan n kasih syg…yg penting, dpt mengubah kte dari x bek ke bek n terima kte dgn seadanya…
Yg pntg, krn DIA…

yahOOOOOOOO

Salam...
Dah lame aku x mengupdate blog aku...
Kpd kwn2 yg membaca blog aku thanks...
Tp ader ke yg bc...
He..he
Ape2 pun....Semoga Happy Selalu...

Isnin, Februari 02, 2009

Akt.Giler2...

Aktiviti ku bersama housemate pada mlm hari...Sblm melelapkan mata...ZZZZZZZZZZ
Sambung ayat...KIsah ini tiada kena mengena dgn yg hidup mahupun dah meninggalkan dunia....
Hanya gurauan dan mcm kisah lucu je...Minta ampun bebyk klu ader yg terasa....


Pada suatu hari ada seorang bapok sedang berjln-jln b'sebelahan dgn Sezali, b'pimpin tangan sambil makan. Tiba-tiba muncul Sara, merupakan bekas nenek tiri yang kejam sedang membebel. Si bapok kebengong-bengongan iaitu kebodoh-bodohan. Sezali merupakan penyembala ayam huta di lombong timah. Di situ, terdapat Angan sebagai pencacai Sezali, nenek dan Ana cun tapi jejaka perasan merasa poyo apabila Ana kecewa, merana sedangkan Amin bodoh tersipu-sipu bahalol, lembam menyingkirkan si Ana. Walaubagaimanapun kopoyoan Ana selamba derk badak sumbu. Si bapok t'cari-cari ayam hitam untuk Fadilah. Ana terus menerus mencadangkan kebodohan sezali kepada Pak Sunya. Wah! Fadilah cunnya! merupakan pesakit bergaya Vinci 2009 yang giler bayang Hans Isac....

tue la kisah kami 3 sekwn....

Aku Di Sini, Kau Di Sana, Kukuhkah Cinta Kita?

Aku duk baca gua.com.my
terjumpa artikel nie...
jd aku share la kan...leh djdkan panduan...

Percintaan jarak jauh selalunya tidak menjadi akibat banyak faktor yang menghalang. Hati tidak senang dan penuh prasangka apabila kekasih tiada di sisi. Aktivitinya tiada siapa yang dapat mengesahkan, teman-temannya tidak begitu anda kenali, perasaan rindu yang menebal lama-lama hanya merobek hati lantas menjadikan ramai pencinta jarak jauh yang berputus asa di tengah jalan dan membiarkan cinta itu pergi.

Bercinta cara ini hanya boleh dicuba oleh mereka yang kuat semangat kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi dan hanya hati yang kuat sahaja dapat memintas segala tohmahan yang menerjah di minda ketika si dia tidak bersama. Sebagai contoh, sewaktu kekasih anda sms dan mengatakan dia akan pergi makan malam dengan seorang kawan, serta-merta anda terfikir, teman itu perempuan atau lelaki. Dan apabila anda bertanya, walaupun dia mengatakan teman satu jantina, hati anda tidak puas dan inginkan pengesahan tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya. Jadi akhirnya bibit prasangka itu akan anda pendam dalam hati yang lama-lama menjadikan anda percaya tentang apa yang anda fikirkan, iaitu dia keluar dengan orang lain. Minda kita imaginasinya luas dan jika tidak berhati-hati, pelbagai bayangan akan muncul dan mampu merosakkan perhubungan yang dijalin.

Untuk bercinta jarak jauh, perkara pertama yang anda perlu ada ialah percaya. Kepercayaan terhadap kekasih anda perlu kukuh dan tebal. Percaya apa yang dia kata dan percaya bahawa anda istimewa di hatinya. Apabila anda percaya, anda tidak tertanya-tanya betulkah semua yang dia laporkan kepada anda. Anda tidak mempersoalkan kesetiaan dia terhadap cinta anda. Dan apabila anda percaya, anda tidak akan mengajukan soalan-soalan tidak relevan yang boleh merosakkan perhubungan.

Yang keduanya, anda perlu berkomunikasi dengan kerap. Di zaman sekarang ini, melainkan jika anda hidup di kampung yang tiada sambungan Internet atau tiada pancaran telefon bimbit, cara untuk berkomunikasi sudah mudah dan murah. Di Internet ada Skype, ada Google Talk, ada Yahoo!, ada MSN dan macam-macam lagi saluran bercakap yang percuma. Anda hanya perlukan headset yang baik dan sambungan Internet yang laju. Kalau rindu sangat, dapatkan kamera untuk laman web dan anda boleh berhubung dengan si dia secara ‘real time’. Untuk yang suka pesanan ringkas, pastikan memilih pelan sms atau smslah dia sesuka hati selepas pukul 12 malam. Jangan memilih untuk berbual di telefon dengan kerap kerana ini akan menambah beban kewangan anda.

Kedatangan bil beratus ringgit hanya akan menambah masalah dan memberi tekanan kepada perhubungan. Banyak saluran komunikasi percuma atau murah yang boleh anda gunakan. Namun begitu, sesekali menelefon untuk mendengar suara si dia, apa salahnya. Ketika berkomunikasi, pastikan topik-topik yang dibincangkan bukan yang menjurus kepada perbalahan. Jarak antara anda berdua tidak akan membantu jika anda bertengkar jarak jauh. Hanya hati yang akan terluka pedih dan perhubungan anda akan suffer akhirnya. Pilih topik-topik yang menggembirakan ketika anda berjauhan.

Ketiga, pastikan anda kawal diri ketika kekasih hati tiada di sisi. Cabaran banyak di luar sana dan sekali-sekala apabila cabaran datang menerpa, hati anda harus kuat untuk menepisnya. Jika ada gadis atau jejaka lain yang datang menggoda, yakinkan diri yang anda sudah berpunya. Warwarkan yang anda sudah ada teman agar semua yang single tidak begitu berminat untuk mendekati anda. Jangan disia-siakan kepercayaan kekasih anda yang jauh di mata dengan berpeleseran bersama orang lain. Ketidakjujuran sukar untuk dirahsiakan, lama-lama ia akan terbongkar jua. Jika anda telah berjanji untuk setia, kuatkan hati dan kawal perasaan kerana itu juga yang dilakukan oleh kekasih anda di sebelah sana.

Bukan calang-calang orang yang boleh menjayakan hubungan jarak jauh. Hati yang cenderung untuk cemburu ialah golongan yang pertama sukar mengekalkan cinta cara ini. Mata yang rambang juga jangan bermimpi untuk setia dengan si dia yang tidak dekat di sisi. Kejayaan cinta jarak jauh ini memerlukan komitmen daripada kedua belah pihak untuk memastikan perhubungan berjalan dengan lancar. Tanya diri sendiri dan jika anda tidak mampu, jangan lakukannya.

Impian....

Impian setiap org berbeza-beza...
Tp slh 1 impian adik aku dah nak tcapai...
Dia dah mendaftarkan perniagaan penternakan ayam...
Nama syrt dia ialah SC HAZIQ ENTERPRISE...
Mudah-mudahan segara urusan akan berjln dgn baik...
AMIN...
AKu sebagai kakak akan sentiasa mendoakan agar adikku berjaya dgn cita2 msg...
I LOVE YOU...

Dah Pindah

Salam Sahabat...
Ader ke sahabat yg bc blog aku nie...
He..he
X pe la asalkan aku sentiasa bahgia....
Firstly aku nak cite...
Aku dah pindah umah lain...
Nie umah ke 3 bg aku sepanjang aku dah bekerja di Manjung....
Hmmm....Nnt pindah lg kot...Ke tukar keje plak ke...
Pada 31.01.2009 dengan rasminya aku masuk ke rumah br...
Thanks Haji sbb bg sewa umah semi d kepada aku and the geng...
Insyaallah kami akan jg la umah tue...He..he
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...