NuFFnAnG

BerCInta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, November 25, 2009

RENUNGAN : KISAH NABI MUSA

* Aku dpt e-mail nie dr housemate aku...Thanks akk...semoga kita manjadi anak soleh solehah yg sentiasa mendoakan kedua ibubapa kita...


assalammualaikum wbt......
iktibar dlm hidup......
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap
terus dengan Allah S.W.T.
Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke
Bukit Tursina.
Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi
Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu
juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya
Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran
dengan aku?"..
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu,
kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit
Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.
Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau
berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam
beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam
bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia
keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi
itu didukungnya dengan cermat.
Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi
Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah
itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian
dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa
pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga
dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan
dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu
kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?"
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh
berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya
kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka
telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa
mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka
dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.
Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana
yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah
menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka
diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah
mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih
belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi
Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran
dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat
tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk
dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami
naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana
dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka
Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami
sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat
menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.
Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan
ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat
tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa
kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka
dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita
sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu
juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun
kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat
tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan
oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan
melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak
pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua
ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Sebelum Raye Haji

Salam....dah lame x update blog nie kan...he...he...x der aktiviti best kot...
erm...dah nak abis bulan 11 pas nie bln 12...pas tue thn br plak...
ape azam thn depan?
a
pe impian thn nie yg x tercapai lg...
akan aku usahakan hingga berjaya pa
da tahun depan... tp der le jgk impian aku akan tcapai sblm akhir thn nie...he...he...

Untuk raye haji nie...aku nak masak lemang,randang ayam dengan mee kari...

kakak aku x balik raye haji nie almaklumla kakak aku duk jauh di selatan...he..he..jb je la...
jd aku la yg kena buat semua...
abg2 aku plak x dapat dpastikan lg...dibantu oleh adik aku yg tomey2 belaka...he...he...

"SELAMAT RAYA HAJI"



Khamis, November 12, 2009

Taiping 7-8/11/2009 (III)

Itu la aktiviti ku pada mggu lepas...mggu nie plan nak g maner la plak ye...x tau lg la...tp nmpk gaya cam aku kena blk kg je...jg opah aku le...sbb m.cik aku ader kelas....hu...hu
Aktiviti mggu lepas mmg mancabar almaklum le dah lame x jungle trekking kan...he...he...semput pun ader mase naik bukit tue...tp semua cam cool je la...dlm hati lain kali x nak g lg...

Sekali sekala mlakukan aktiviti cam nie best jgk dpt merehatkan otak dan minda kan dr keje...perkara2 yg membuatkan kita tension...

Terima kasih kepada
a) pak cik -sbb sudi jemput kita org dtg kg.
b) m.cik- sbb m.cik masak...mmg sedap la...
c)abg farid, along,eisya dan anis...sbb tunjukkan jln dan sudi bw kami blk kg....
d)opah,atok,abg adi + wife dia dgn anak dia imah...sbb kasi kami tumpang tido...
e)k.ana sbb guna kete dia dan ajk kami sekali blk kg
f) k.fad sbb bw kete
g)kakak,adk,pak cik ambil rambutan + wife dia + anak dia + cucu dia (HAIKAL)
h) semua la yg terlibat...
g)semua yg terlibat la

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
LAIN KALI JEMPUT LAGI.

Taiping 7-8/11/2009 (II)

cantik punya....
merasai keindahan ciptaan ilahi....

3 adk beradik


perbincangan nak bina resort kat dlm dusun

merenung masa depan

jual...jual

pokok durian

Taiping 7-8/11/2009

NUR FARISHA FARHANA...eisya

NUR FAIQAH FARHANIS...anis

adk dgn kakak

pose jgn x pose

ala malu2 la plak....

muka2 keletihan....




cunnye makwe sape la nie...

mandi sungai...bestnye....

Minggu malas

Salam...hai ape khabar?lame dah rasenye x mupdate blog nie kan....

Aku dilanda penyakit iaitu malas sggh rasenye nak buat pape pun...alangkah seronoknye klu dpt duduk kat rumah pas tue todo mesti seronok giler kan...

Bila aku nak jd rajin nie...erm ader pape ubat bg jd rajin x....
he...he...

Hujung mggu lepas aku dgn housemate aku pegi ke Taiping untk melawat kebun.....
nnt aku mskkan gmbr ye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...