NuFFnAnG

BerCInta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, Oktober 14, 2008

Keistimewaan Wanita

Salam....
Sambil2 menbaca e-mail aku terjumpe e-mail nie...Boleh la dikongsikan bersama....

Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W...."Ibunya. "
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki..
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

TANDA-TANDA SALAH PILIH PASANGAN

TANDA-TANDA SALAH PILIH PASANGAN
1. Lebih banyak berkorban.
Cinta memang memerlukan pengorbanan. Dalam suatu perhubungan tidak boleh menghitung untung rugi. Tapi jika anda lebih banyak berkorban sedangkan dia ala kadar sahaja, memang tidak adil. Apabila anda yang selalu mengorbankan waktu bersama teman-temannya dan keluarga hanya untuk bersama dia, sedangkan dia tidak pernah melakukannya untuk anda. Maka hal ini menandakan bahwa dia bukanlah pilihan yang tepat.

2. Rakan-rakan mulai menjauhkan diri

Sebelum dia menjadi kekasih, kawan2 mengelilingi anda. Keadaan berubah seratus delapan puluh derjah ketika anda menjalin cinta dengan si dia. Satu persatu sahabat anda menghilang dan menjauhkan diri maka jangan salahkan mereka. Mungkin saja sikap mereka dipengaruhi oleh sikap sejak anda memiliki dia dan anda bukan teman yang menyenangkan lagi.

3. Sahabat enggan membicarakannya.

Saat anda membicarakan tentang dia, ekspresi wajah dan body language sahabat anda terlihat resah. Mereka mulai rajin melihat jam tangan seolah2 dia tidak betah bersembang lama-lama dengan anda. Atau setiap kali anda menyebut nama si dia dan bersemangat menceritakan betapa hebatnya si dia, sahabat anda mengalihkan pembicaraan atau hanya menanggapi seadanya.
4. Hubungan panas dingin.
Di awal hubungan, sudah pasti anda dan pasangan sedang hot menjalinkan hubungan. Tapi semakin hari dia berubah menjadi acuh tak acuh dan dingin maka menandakan bahwa dia belum mau serius dengan anda. Ketika ia melihat anda begitu serius menjalinkan hubungan, dia merasa tidak sedap hati. Tak hairan sikapnya jadi berubah seperti itu. Kalau anda ingin hubungan yang mantap dengannya, maka anda telah salah pilih orang.
5. Terlalu banyak usaha.
Anda sering kali terlalu berusaha untuk sekedar bertemu dia. Anda selalu guna pelbagai cara untuk ke pejabat dan tempat tinggalnya, walaupun sekadar makan di gerai dekat pejabatnya, atau tiba-tiba datang ke pejabatnya untuk memberi sesuatu. Atau bahkan anda rela bersusah payah mengatur perjalanan untuk bertemu dengannya di tempat di luar kawasan. Padahal, sejujurnya dia tidak menghargai semua usaha anda itu.
6. Hidup terasa terkonkong
Anda yang sebelum ini super aktif, independen, penuh semangat, tiba-tiba berubah menjadi orang yang tergantung dan tunduk kepadanya. Anda tidak lagi ke tempat yang diinginkan sesuka hati, atau beraktiviti sesuai dengan minat tanpa keizinan si dia. Jika anda ingin pergi ke tempat yang anda inginkan maka ada syaratnya yaitu harus bersama dia. Pergaulan anda pun mendapat pengawasan ketat darinya sehingga kadang2 dia akan menyoal anda seperti seorang polis kepada penjahat. Apalagi saat anda sedang makan siang bersama rakan sekerja lelaki, pasti dia akan lebih memperketat konkongannya.
7. Berat tubuh susut.
Berat badan anda sebelum dan sesudah menjadi pasangannya susut 3 hingga 4 kg. Ada dua kemungkinan terjadinya penyusutan ini, anda melakukan diet keras untuk mendapatkan tubuh yang ideal. Atau anda sering tertekan memikirkan sikap dan prilakunya terhadap anda yang seringkali menyakitkan hati.
8. Hilang Keyakinan diri
Anda selalu merasa menyesal telah salah pilih pakaian, aksesori, bahkan kata-kata, setiap habis bertemu dengannya. Jangan mencari-cari kesalahan sendiri, kerana kehadiran seorang pasangan seharusnya menjadi pemangkin keyakinan diri dan penenang diri anda. Jadi apabila anda merasa serba salah dan takut, sebaiknya tinggalkan dia mulai dari sekarang.
9. Isteri / Suami orang.
Jika kekasih anda adalah isteri/suami orang, maka sudah pasti anda salah pilih orang. Kerana sudah jelas dia sudah memiliki suami/isteri tapi anda masih tetap mau menjadi pasangannya. Lelaki berstatus suami orang memang sangat menarik hati, apalagi rayuannya. Tapi mereka paling senang menabur janji, egois tanpa memikirkan perasaan anda. Jadi untuk apa anda menunggu dia, saat dia mengatakan akan menceraikan suami/ istrinya, sudah pasti hal itu jarang sekali terjadi.

Khamis, Oktober 09, 2008

SELAmAt HAri Raye.....

Nie gambar anak buah aku yg x sabar nak g beraya....
Family ku....

Control ayu la plak....
Salam....
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN...

Raye thn nie kami sekeluarga beraya tanpa ibunda tercinta....Thn nie aku demam time raye...
Siannye aku x leh mkn lemang....Raye thn nie aku dgn adik beradik yg perempuan pakai baju raye sedondon....Best gak dah cam boria pun ader la jgk...
He.eee....he........
Kami sekeluarga g beraya meriah la jgk....
Nie antara gambar yg sempat aku rakam time raye....

Selasa, Oktober 07, 2008

Majlis Berbuka Pose dgn MB Perak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...