NuFFnAnG

BerCInta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, Januari 09, 2019



 -PENUTUP TAHUN 2018-

Sambut besday kakak, Adik  & anak buah.




 Rindu semua, Salam Sayang dari awah,kakcik & mak uda,

~RIndu~ 2019





Kembali lagi, semoga tahun nie aktif kembali...huhuuhuuuh

Rindu yang tak boleh di ucap adalah rindu kepada perkara2 yang tak boleh di ungkap.

Rindu nak menulis, nak bercerita, nak mengarang dan lain2 lagi.

'Selamat Tahun Baru'

Semoga Tahun nie lebih baik dan bertambah baik.

Azam tahun 2019 selesaikan segala-gala hutang yang ada.



Selamat Tahun Baru.

~Majlis Pertunangan Fida & Pali~

Alhamdullillah..
Selamat Bertunang buat kawan awa
FIDA & Fali




~TAHUN 2013 KITA G HOLIDAY YE LG FAMILY KU~

Tahniah,

Selasa, Jun 10, 2014

Father Day

Khamis, Jun 05, 2014

Tentang Kita

Rabu, Jun 04, 2014

Sakit kepala orang muda

Sakit kepala orang muda

Oleh Murshid Eunos

Penulis sendiri, MURSHID EUNOS bertahun-tahun mengalami sakit kepala serius ini. Migrain sememangnya pembunuh secara senyap yang akhirnya meninggalkan kesan mendalam. Umumnya, golongan muda paling parah berdepan konflik sakit jenis ini.
Tiba-tiba kepala berdenyut dan sakit hingga memaksa seseorang itu baring serta merehatkan diri. Telan panadol pun belum tentu hilang rasa sakit itu. Bukan mual, jauh sekali pening biasa, tapi itulah migrain yang hari ini banyak menyerang anak muda.

Kebiasaannya kita lebih mengambil masalah ini remeh dengan tidak langsung merujuk kepada pihak doktor atau mengambil ubat yang sepatutnya sebaliknya hanya membiarkan sakit itu hilang sendiri selepas rehat beberapa jam atau tidur sebentar.

Kenapa menyerang anak muda? Ini kerana faktor pemakanan tidak terkawal dan pengambilan kopi secara konsisten yang hari ini menjadi trend anak muda. Itu penyebab utamanya.

Apa itu migrain? Ia berasal daripada perkataan Greek ‘hemikrania’ yang bermaksud sebelah tengkorak atau di kenali sebagai ‘vescular headache’. Ia adalah sejenis penyakit kepala yang kronik dan pesakit biasanya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah sesetengahnya ada yang tidak makan, minum dan hanya terbaring lemah.

Apabila berlakunya migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Menurut kajian, golongan wanita kebanyakannya lebih kerap menghidapi penyakit migrain terutama ketika haid.

Sakit kepala biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa. Namun, jika ia sakit yang berpanjangan dan keadaannya serius hingga mendatangkan kesan berpanjangan, ia dikira sebagai migrain.

Migrain berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan tekak rasa loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian saja.

Puncanya secara keseluruhan adalah disebabkan kesan daripada alahan seseorang, silau akibat lampu yang terang, bunyi terlalu kuat, bau wangi terlampau kuat, tekanan fizikal atau emosi, waktu tidur tidak teratur, merokok atau terdedah kepada asap rokok, menahan lapar atau mengambil makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan diperap.

Tanda lain migrain termasuk kesakitan kepala amat sangat dan berdenyut, rasa sakit pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung serta sakit mata, tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan serta kaki akan menjadi sejuk.

Malah, tanda lain berlakunya migrain termasuk sensitif bunyi dan suara, persekitaran terasa bergerak-gerak seperti menaiki bot dan mabuk laut, kemerahan-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi ataupun badan berpeluh.


Cara mengelaknya

Golongan remaja terutamanya, kaedah menyelesaikan masalah ini adalah sangat penting selain merujuk kepada pakar. Cuba mengawal tekanan dan emosi dan elakkan daripada persekitaran yang berbau busuk, bunyi bising dan asap rokok kerana ia boleh mengganggu emosi penghidap migrain.

Jika perut kamu kosong, cepat dapatkan makanan untuk alas perut dan dapatkan waktu tidur yang lebih teratur. Jangan masih berada di kedai mamak pada jam 2 pagi hingga ke azan Subuh kerana itulah antara punca berlakunya migrain.

Kita golongan remaja gemar melengahkan waktu makan dan lebih berat untuk mengambil makanan jenis segera untuk mengalas perut. Itu juga antara penyebab yang membawa kamu untuk mengalami penyakit jenis migrain ini. Justeru jangan lagi menjadikan sikap ini sebagai satu tabiat.

Elakkan daripada makan makanan yang mengandungi ‘thyramine’ seperti coklat serta makanan tenusu seperti keju dan susu. Elakkan juga daripada mengambil makanan yang mengandungi ‘monosodium glutamate’ (MSG) serta bahan yang mempunyai bahan pengawet.

Kentang goreng yang dibeli dari restoran makanan segera selalunya mengandungi bahan pengawet jenis ini dengan kadar tinggi. Elakkan dan jauhkan walaupun ada kalanya teringin.

Paling penting, hindari minum minuman yang mengandungi kafein berlebihan seperti kopi, nescafe atau alkohol. Jangan ikut trend untuk lepak di kafe kopi ataupun mengambil minuman keras setiap kali kamu mengunjungi pusat hiburan. Berbahaya dan sangat serius kesannya.


Rawatan segera

Rawatan menghilangkan penyakit migrain di bahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan yang mana pesakit dinasihatkan berehat di dalam bilik gelap dan sunyi. Mereka akan diberi ubat tahan sakit dan radang bukan steroid (NSAID).

Sekiranya masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu ‘sumatriptan’ sama ada melalui suntikan ataupun di telan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan yang sering muntah, mereka diberikan ubat ‘ergotamine’ yang perlu dimakan sama ada di telan, dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan.

Keduanya, pencegahan menerusi beberapa ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor untuk mencegah migrain.

Bagaimanapun petua paling mudah untuk mengelakkan penyakit ini adalah dengan mengambil setin atau sebotol kecil 100 plus, tuang dalam gelas tapi hanya separuh gelas, kemudian tambah air masak atau air mineral dalam gelas itu tadi. Maknanya mesti nisbah 1:1, seimbang dan sama sukatan.

Kemudian baca bismillah, niat untuk disembuhkan dan minumlah. Disarankan untuk cuba tidur lepas mengamalkannya. Kalau di pejabat atau tempat awam lain pun masih boleh dilakukan mengikut kesesuaian waktu dan tempat.

Tekanan terjadi disebabkan kekusutan perkara yang berlegar-legar di kotak fikiran. Minda anda seolah-olah terkunci dek bebanan yang ditanggung. Penyelesaian terbaik bagi mengelak migrain adalah dengan melakukan aktiviti yang boleh merehatkan minda seperti mendengar muzik, membuat rawatan rambut di salun mahupun mengerjakan hobi kegemaran kamu.

Bagi sesetengah pendapat, bersukan mampu mencegah migrain. Lakukan aktiviti sukan yang tidak terlalu berat seperti senaman aerobik atau berjoging secara konsisten. Hanya menaiki tangga pejabat juga boleh dikategorikan sebagai senaman ringan yang membantu mengatasi kehadiran migrain.

Kurang mendapat tidur secukupnya mahupun terlebih waktu tidur boleh menyebabkan sakit kepala. Sebaiknya, nikmatilah waktu tidur yang cukup bagi orang dewasa iaitu 6 hingga 8 jam sehari. Pola tidur yang teratur berupaya mengatasi serangan migrain. Cuba untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/03


 Copy dr Hmetro,
 

Selasa, Januari 07, 2014

~2014~

~Selamat Datang 2014~


Semoga tahun nie segala cita2 dan impian tercapai...

Jangan ader kontroversi lg utk 2014 nie...

Awa nak idup dgn aman damai



Azam Baru, Semangat Baru

Ahad, Disember 22, 2013

Beijing 2013

Trima kasih kepada BHIC BOFORS atas percutian yg mmg best...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, Oktober 04, 2013

Tora Kembali......................

Selamat pagi...
 Yahooooooooooo tora kembali lagi setelah lamer menyepi kan diri....



 gambar maser raye ke 2 2013
Menghitung ari nak g holiday...


Selasa, Julai 23, 2013

Rindu Serindu-rindunya

Selamat Berpuasa....

~Alhamdullillah awa masak tau bulan2 pose nie kdg2 je beli~

*rindu nak update blog tp kekangan waktu begitu mencerembui ku...poyo mcm ader anak kucing kat umah je....

*tahun nie baru raye d sponser oleh akak ku...ke mmg tiap2 tahun dia sponser....TEMA NYE COLOR HIJAU LEMBUT....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Selasa, April 09, 2013

Penat

Penat Melayan Kerenah Manusia

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, April 03, 2013

Jadi Pengkritik

Salam 1 Malaysia
Hari nie 3/4/13 Parlimen BUBAR....
x tau pasal aper punya semangat nengok PM b'ucap...
Excited nak g gundi kot....first time nak undi nie...
hihihihihih


~balik pada kisah nak jd pengkritik nie ye~

 Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

-dah abis dah drama nie selamat Happy Ending...
- Puas ati sbb yg jahat Mati. hahahah (jahat nye)
-Fatin nak cuba luperkan Firdaus dan cuba nak mencintai ADAM...tp ADAM ckp klu ngan FIRDAUS mesti x pyh cuba2 kan...best je klu dalam LELAKI yg memahami.
-Salute kat ADAM sbb bg FATIN blk kat FIRDAUS...(kat luar ader ke agk2 nye lelaki yg budiman mcm ADAM nie)klu ader TAHNIAH sbb anda x mementingkan perasaan sendiri aje...
-Kira nya JODOH Firdaus dgn FATIN mmg kuat la....(klu dah jodoh berapa lama pun, bila maser nye ttp kawen ngan org tue jugak kan)
- Sangat2 ensem si Fareez tue...hahahhahaha


CINTA QASEH

-nie pun happy ending jugak...
-klu la si Qaseh pilih si Arash mmg nak kena la...(dlm islam istri kena taat setia ngan suami mmg x ptt la klu dia pilih si arash tue)
-Si Arash tue kena la sedo diri yg Qaseh tue istri org ye....
-Mula2 kesian jugak kat si Wahyu nie dia mcm redho je pasal istri dia tue
-YESSSSSSSSSSSSSS Qaseh pilih suami dia...itu yg sebaik2 nye...
-PEREMPUAN KALAU KAHWEN DENGAN ORANG YANG DIA X CINTA PUN~TP INSYAALLAH DIA AKAN TETAP CUBA UNTUK MENCINTAI SUAMI NYA~

sajeje x der keje...klu ader pengajaran dr drama2 nie leh la ambik klu x der sekadar hiburan je la...

*p/s awa tgk drama2 nie episod awal, tgh dgn akhir je....hahahhaha



#xderkejecarikeje

Khamis, Mac 07, 2013

Ceramah Perdana (6-3-13)

KAMPUNG PASIR PANJANG LAUT

Published with Blogger-droid v2.0.10

14 Tip Kuatkan Daya Ingatan

Sumber majalah IMAN

1- MEMBACA
2- FAHAMI APA YANG DIBACA
3- FOKUS DENGAN APA YANG DIBACA
4- GUNAKAN IMEJ YANG MENARIK
5- SAMPAIKAN DALAM BENTUK CERITA
6- AMALKAN MEMBACA AL-QURAN
7- JAGA PEMAKANAN
8- BANYAKKAN BERSELAWAT DAN BERZIKIR
9- PUASA SUNAT DAN BERSUGI
10- AJARKAN APA YANG DIBACA ATAU DIPELAJARI KEPADA ORANG LAIN
11- REHAT DAN TIDUR SECUKUPNYA
12- LAKUKAN SENAMAN
13- PERMAINAN
14- ELAKKAN TIDO PETANG

Published with Blogger-droid v2.0.10

Khamis, Februari 21, 2013

~Doa Seorang Kekasih~


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala



~ALHAMDULLILLAH REZEKI 2013~



Semoga Happy Ending,

~Doa Buat Kekasih~


Tajuk Lirik/Lagu: Doa Buat Kekasih
Artis/Penyanyi: Ramli Sarip feat. Khadijah Ibrahim

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta
Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti
Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih
Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih
Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih



~RINDU SERINDU-RINDUNYA~




 Mood nak mengarang tp x der maser...
 

Jumaat, Januari 11, 2013

saje-saje test

Suker2 test guna galaxy tab...
Br install yg baru....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, Januari 09, 2013

lalala

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selasa, Januari 08, 2013

~2013~

Semoga t`capai segala keinginan dan impian....
Aamiin

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, Januari 06, 2013

Mood bevangan je......

Xderkejecari keje

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...